Something Interesting to Look at

in my head

Tuesday, September 7, 2010

bagus pun kene tarik balik

aku bukan nak bidas hal video raya tv3, tapi hanya pandangan aku
cuz video ni pun bukan org luar yg punye idea kan?
sebenarnya aku pun takut jugak unsur2 macam ni
tapi kalau iman kita kuat, selagi Allah S.W.T. nak pelihara kita
kita x akan menyimpang dari apa yg disuruh-Nya
ade plak yg ckp TV3 ni ejen yahudi
aduh!
aku x tau la
tapi insyaAllah,Allah S.W.T. akan pelihara kita
masalahnya sekarang aku boleh kata la, masalah:org melayu
ya, aku pun org melayu
ade yg ckp org melayu sensitif x bertempat
erm.. mungkin juga~
hoho
kat sini aku just nak katakan dari pandangan aku
sebab aku dah muak dgn sume 'kerja yahudi' yg dikatakan org ramai
sikit2 salah pasal keagamaan, adalah berpunca dari yahudi
ok, fine
tapi aku ulang, kita berusaha tegakkan apa yg betul, dan berjuang untuk Islam
insyaAllah, Allan S.W.T. akan pelihara kita


Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.



1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu



2.Buku - Bible



3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan



4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur



5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis



6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

argh! ini pun blh nmpk ke?
mane tau die nak tunjukkan bahawa semua peringkat boleh merayakan Aidilfitri??
setting: standard ar nk tunjuk budak kg
mentol lampu pun jadi masalah?
sangkar burung?
mane burung tuh??

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).



1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)



2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan



3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus



4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

muke surat yang dikatakan jawi terbalik tu aku x dapat tangkap langsung
sape pun x prasan k0t~
ok, ade pokok kat blakang gmbr beca tuh
x ley ke kite anggap cam pokok biase je?
mmg ade ade bintang kat gmbr tuh
beca kan selalunye merah, baru NMPK grand skit kan?
so, dalam hal beca merah/pokok krismas/bintang,
mungkin ada benar~ hoho

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.



1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.



2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian



3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene



4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)



1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

bintang beraura: standard pemahaman magic dan seronok, bebudak mmg suke bende mcm ni, tapi bende mcm ni tekat budak2 je la
dah besar biase2 je
jgn percaya magic2 ni~
pelawa naik beca: g beraya
still ade unsur yang dikatakan
aku x kata aku membidas ape yg diterjemahkan
pastu aku pun pelik,
asal putih?
walhal sume tau songkok hitam
dimana shj terjual nya songkok hitam
gune jelah yg t u
nk plak gune special skit songkok putih?
hoho



Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.



1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

ok, ape masalah dgn teluk intan ha??
aku duk perak nieh
marah nieh
grrr
ye ah xkan nak tunjuk KL je
maybe die nk tunjukkan Aidilfitri boleh dirayakan dimana saja?
hoho
kenapa dgn rotary club?
kenapa?
bukan die service club je ke?
tolong2 org
huhu
tu yg aku tau
aku bace kat wikipedia
and aku sendiri pernah moniter menatang rotary ape dorang buat~
xde yg salah
hohoh

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.



1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan



Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.



1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

raya boleh disambut oleh semua peringkat??

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.



1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.
Kepal
a Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

aduyei~
budak pompuan duk skali cam tu pun x ley
x kan nk letak budak laki n pompuan berpelukankan?
huhu
ini yg aku paham
kalau salah, aku minta maaf
mungkin ada benar apa yg telah diterjemahkan
ape kene mengene ngan budak laki punye kepala?
bukan die tersengih sebab nk g sambut raya ke?
mereka kan suka raya2 nieh
huhu

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.



1.Pulau - Singapore lah.

kenapa nak melintasi singapore?
xde motif kot scene ni
hoho

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.



1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

mengapakah?
hutan=jin?
ye, tempat tinggal jin
sampai begitu terjemahannya
bukan bebudak x tgk masjid,
bukan standard bebudak suke tgk mende2
masjid tu kecil ek?
aku ingatkan die jauh, so nmpk kecik
huhu

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.



1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)



2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

aku ingatkan dorang tunjuk2 cuz bebudak memang suke menujuk ke arah tempat mereka nak pergi
aku ingatkan dirorg ketawa cuz gembira nak raya
tgn misteri?
bukan tangan bebudak tu jugak ke? (kesian bebudak tu x dapat masuk shot ni hoho)
banggunan misteri tu kan rumah kampung
dimana tempat selalu kita merayakan aidilfitri?
so, konon2 dorang naik beca merah tu blk kg?
hoho
sekali lagi, yg aku tau bebudak tau tunjuk ngan jari telunjuk je

AKU X KATE PENTERJAMAHAN NI SALAH
YA, MUNGKIN INI KERJA MEREKA
DALAM BENTUK YG KITA X BRAPA NAK PRASAN
SEKIAN~

link to the video: http://www/facebook.com/?ref=logo#!/video/video.php?v=1415530036811

No comments:

Post a Comment